NiNE WHiSKEY TWO GOLF ROMEO MiKE (9W2GRM)

~A PaRt Of MaLAySiaN AmaTEuR RAdIo STatiON~

Si Bulat 9W2GRM

Si Bulat 9W2GRM

My Apparatus Assignment

Type Of Apparatus :
Amateur STN (Class B)

Apparatus Assignment No :
01492027-000SU/122009

Visitor's Counter

Follow My Blog

eQSO

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku
ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Selamat Datang Ke Laman Blog Saya.
Salam Kontek Kenal Buat Semua Rakan - Rakan.

Handle : Mohd Razi Bin Masduki.

Callsign : 9W2GRM.

Base Station : Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Email : putrafarzy@gmail.com

Yahoo Massengger : putrafarzy@yahoo.com

Hp Number : 012.664.8041

Semoga Rakan-Rakan Dapat Manfaat Dari Bahan-Bahan Yang Terdapat Dalam Laman Blog Saya Ini Dan Saya Harap Rakan-Rakan Dapat Memberi Komen, Pendapat, Cadangan, Teguran, Nasihat Dan Apa Jua Untuk Saya Menambah Baik Isi Kandungan Dalam Laman Blog Saya Ini.

Jumpa Dan Jumpa Lagi,

73,

Cherio.

Akhirnya Berjaya Sudah!!


Setelah Sekian Lama Menunggu..Buat Pertama Kalinya Manchester United Meghuni Kedudukan Teratas Dalam Liga EPL...

Sebenarnya Hari Ahad Lepas Lagi Manchester United Dah Duk Atas Tuh...Lepas Menewaskan Bolton 1 - 0.....
Walaupun Gol Tuh Datang Las-Las Minit...Tapi Dah Cukup Untuk Membantu Manchester United Mengunguli Liga Di Persada...Tahniah!!

Yang Lebih Bermakne....Pagi Tadi Team Yang Menjadi Penghalang Untuk Manchester United Menjadi Juare Liverpool Sekadar Seri 1 - 1 Menentang Everton....Trima Kasih Everton Kerana Menghalang Liverpool Dari Merampas Kembali Tahta Liga...Good Job Guys :)

Kini Manchester United & Liverpool Terikat Dengan 47 Mata.....Kelebihan Kepada Manchester United Sebab Ade Lagi Baki 1 Game Dengan Fulham...

So Cukup Lah Aku Membebel Ari Ni...
Bukan Ape..Dah Lame Tak Post Ape-Ape...
Agak QRL....

Ok Jumpa Lagi Di Laen Post

QRT
73
Cherio

Assalamualaikum Rakan-Rakan...

Ini Projek Pertama Saya....

Setelah Membelek-Belek Internet...
Saya Terjumpa 1 Benda Menarik Untuk Saya Cuba...

DIY Power Supply Unit(PSU) Untuk Rig Dari PSU Komputer..
Moga-Moga Projek Pertama Saya Ini Bejaya...

Doakan Ye Rakan-Rakan...
Ini PSU Yang Saya Akan "PROJEKAN" :)







Cherio,
73...

Assalamualaikum...



Agak Pelik Jugak Tajuk Post Saya Kali Ini.Bukan Apa.Akhirnya Setelah Menunggu Hampir Seminggu.Rig Icom ic-v8000 Yang Saya Tunggu-Tunggu Sudah Tiba :) Buat Masa Ini Hanya Set Ini Saja Yang Mampu Saya Miliki.

Malam Tadi Saya Dah Memulakan Kerja-Kerja Memasang Rig Baru Saya Dalam Jalopy :)
Akhirnya Tengah Hari Ini Semua Kerja-Kerja Memasang Dan "Setting" Channel Pon Siap..
Kini Rig Baru Saya Sudah Berfungsi Dengan Baik Sekali..Alhamdulillah Semua Kerja-Kerja Memasang Berjaya Dengan Baik Sekali..

Sekian Sahaja Post Untuk Kali Ini..
Jumpa Di Lain Post...













Jumpa Lagi.....

Manchester United Menang Lagi :)

Duka Semalam Terubat Sudah....Malam Tadi Manchester United Mencatatkan Kemenangan Keatas Team Wigan 1 - 0....Walaupun Menang Tipis...Manchester United Kini Naik Ketangga Kedua Liga Dibawah Liverpool Hanya Berbeza 2 Mata Sahaja...Tapi Manchester United Masih Berbaki 1 Perlawanan....Manchester Kini Semakin Hampir Untuk Merampas & Memimpin Liga Seterusnya Menjadi JUARA :)

Jumpa Lagi Di Lain Post

Cheerio

73

A = Alpha
B = Bravo
C = Charlie
D = Delta
E = Echo
F = Foxtrot
G = Golf
H = Hotel
I = India
J = Juliet
K = Kilo
L = Lima
M = Mike
N = November
O = Oscar
P = Papa
Q = Quebec
R = Romeo
S = Sierra
T = Tango
U = Uniform
V = Victor
W = Whiskey
X = X-ray
Y = Yankee
Z = Zulu

Assalamualaikum...

Hari Nie Bermula Dengan Agak Suram Sikit...
Bukan Ape...

Buat Pertama Kalinya SELANGOR FC Tewas Malam Tadi....
Team Yang Berjaya Meleburkan Rekod SELANGOR FC Ialah Johor FC...
Tahniah Johor Atas Kemenangan 2 - 1 Keatas SELANGOR FC...

Selangor Kini Berada Di Tangga Kedua Liga Di Belakang KL PLUS Dengan Beza 3 Mata...

Ape-Ape Pun Selangor Still The Best :)



Go SELANGOR!
Go RED GIANT!
Viva SELANGOR!


Bantulah Umat Islam Di Palestine Dengan Menderma Di Tabung NSTP Untuk Gaza Di No Akaun Yang Tertera Di Atas.
Tuhan Sahaja Yang Dapat Membalas Kebaikan Anda.

SCS Communication & Sport (SCS) telah ditubuhkan secara rasminya 4hb Oktober 2006. Penubuhanan SCS ini telah diperkenankan oleh YBM Tunku Abdul Jalil Ibni Tunku Osman (9M2 TJO), yang juga merupakan sebagai penaung dan pemilik kepada repeater SCS Communication & Sport.

Penubuhan SCS ini adalah sebagai kesinambungan kepada usaha dan perjuangan kami dahulu dalam SACC yang telah dibubarkan secara rasmi pada 20 September 2006, ekoran dari perasaan khianat dan iri hati rakan-rakan yang tidak mematuhi kehendak-kehendak asas dan tidak tahu tentang sejarah penubuhan SACC, sehingga membawa kepada penarikan balik penggunaan frekuansi dan repeater.

Justeru itu, SCS Communication & Sport : The Pre-Amateur Radio ditubuhkan bagi menyediakan satu platform kepada peminat-peminat radio amatur yang masih belum memiliki lesen (Apparatus Assignment) radio amatur untuk menggunakan radio komunikasi dan sekaligus mendidik ke arah memiliki lesen radio amatur (9W2) di Semenanjung Malaysia khususnya di kawasan Lembah Klang.

SCS (dahulunya dikenali dengan SACC) telah banyak melahirkan warga HAM di Malaysia, khususnya di Lembah Klang. Visi dan Misi penubuhan SCS adalah bertujuan untuk mengelakan SWAL dari menggunakan frekuansi-frekuansi `haram' yang mungkin boleh mengganggu frekuansi-frekuansi lain yang telah dikhaskan oleh pihak MCMC kepada badan atau pertubuhan yang lain.

*Sumber Dari http://www.scs.net.my

Assalamualaikum....


Puas! Seronok! Best!



Hahahahaha Mesti Korang Pikir Apa Maksud Ayat Kat Atas Tu Kan?
Jeng Jeng Jeng......



Memang PUAS!

Memang SERONOK!

Memang BEST!


Hehehehe Bukan Ape Kawan-Kawan...Aku Seronok Sangat Coz Malam Tadi Manchester United Kalahkan Musuh Tradisi...Chelsea.
Yang Paling Bestnya MU Menang Besar Tuh :)


3 - 0


Hehehehe Cam Selangor Lak Kan?
Tak Sia-Sia Aku Tido Lambat Layan Game Tuh...
Memang Cantik Game Malam Tadi...
Cume Nasib Lebih Kat MU :)


Nak Wat Cam Ne Kan?
Dah Maen Kat Old Trafford Kan?
So Memang Patut Menang Pon..


Erm MU De Lagi Utang 2 Game..
And Kalau Menang Dua-Dua Game Tu...
Kompom & Pasti MU Akan Leading Table...


So Kite Jumpa Di Lain Post..

Sebelum Tuh Meh Kite Layan Picture Game Malam Tadi..






Glory Manchester United!

QRK -Intelligibility (kebolehan untuk memahami).
QRL -Busy (sibuk)
QRM -Interference (gangguan)
QRN -Noise (bunyi; bising).
QRO -High power
QRP -Low power
QRS -Low speed CW
QRT -Close down station (mentutup station)
QRX -Stand by ( bersedia...)
QRZ -Who is calling me? (siapa yg memanggil)
QSL -Confirmation or card to confirm contact (pengesahan)
QSO -Radio contact (berhubung melalui radio)
QSY -Change frequency (ubah frekuensi)
QTH -Location
QTR -Time

Memandangkan terdapat rakan-rakan yang seringkali melakukan kesilapan dalam QSO, maka sepatutnya kita kongsikan ilmu untuk pemahaman dan keselesaan bersama.

Sebutan Maksud / Merujuk kepada / Disebut

Lima Lima
Land Line atau Line Location(Talian Tetap Permis, Contoh bermula dengan 03 xxxxxxxx, 04 xxxxxxxx, 05 xxxxxxxx, 06 xxxxxx, 07 xxxxxxx, 09 xxxxxxx)

Loceng Terbang
atau lebih baik dipanggil Handphone. Contoh bermula dengan 012 xxxxxxx, 013 xxxxxxx, 014 xxxxxxx, 014xxxxxx, 017 xxxxxxx, 019 xxxxxxx)

Cheerio (Latin)
Selamat Tinggal / Bye Bye
http://www.thefreedictionary.com/cheerio

Jalopy (American)
Kenderaan bukan disebut sebagai Canopy
http://www.thefreedictionary.com/jalopy

Fundamental -Tempat kelahiran / ibubapa

Harmonic- Anak-anak

XYL - Isteri

SIGN OFF - bukannya disebut Time OFF -bermaksud Keluar jalurSalt Mine - bukannya Dot My atau Lombong Garam - untuk sebutan Tempat kerja

Rubber Duckie -Antenna Handie (Flexible Whipe Antenna)

73 - Seven Three / Tujuh Tiga - bukan disebut sebagai"Tujuh Puluh Tiga"

Eyeball / QSO / Round Table
(Lebih tepat daripada menggunakan Tango Tango)Pertemuan secara bersemuka/ QSO bersemuka

"Aaa Macam tu" - sebutan ini perlu dielakkan

Nama Tempat

Gunakan sebutan biasa untuk tempat tidak perlu menggunakan sebutan Phonetics.Contoh 1: sebutan Kuala Lumpur / KL terus sebut Kuala Lumpur / KL tak perlu sebut Kilo Lima atau Kilo Bravo untuk nama tempat Kota Bharu.Penggunaan istilah 'Portable' / 'Base' / 'Mobile'Perlu dipastikan bahawa istilah 'Base' dinyatakan bilamana kita memancar di alamat yang tertera pada AA sama ada menggunakan 'Rig Handy ' atau 'Mobile Rig'.Istilah 'Portable' boleh digunakan bilamana kita memancar di luar dari alamat pada AA. Jika kita berMobile dan menggunakan 'Rig Handy' sekalipun - disebut juga sebagai 'Mobile' dan apakala kita berhenti dalam masa yang lama - disebut sebagai 'Portable'. (Rujuk Guideline For Amateur Radio In Malaysia - MCMC)

QSY - disebut bilamana untuk berubah Frekuensi dan berbeza dengan

QRD - disebut bilamana menuju ke suatu lokasi / tempat

QRX dan QRT - perlu diperhatikan penggunaan pada situasi yang betul.
QRX- berhenti memancar (TX) buat seketika dalam jangka waktu / masa yang dinyatakan, sama ada QRX 2 minit atau jangka masa selebihnya.
QRT -berhenti memancar (TX dan RX) dan mungkin switch off radio.

PTT - Press To Talk (Tekan Untuk Bercakap)
Nota:
Jangan menggunakan sebutan (contoh ayat yang selalu digunakan) "saya capai PTT dan terus bercakap" atau "Agaknya dia tertelan PTT kut".
Bagi penggunaan ayat di atas yang tepat ialah penggunaan perkataan Mikrofon.
PTT ditekan
Mikrofon dipegang / digenggam.

Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.Seperti yang diketahui umum bahawa komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah sekadar bercakap sahaja, tetapi apa yang berlaku kini dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas, sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar kepada sistem digital yang membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap sahaja malahan dapat melihat seperti sebuah televisyen yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Kebanyakan daripada pengguna radio amatur memancarkan signal mereka melalui satelit yang berada pada orbit di dunia ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi memancarkan isyarat yang dipancarkan oleh set mereka.Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.

Untuk semua

Radio amatur adalah untuk semua orang tanpa mengira jantina, umur, pangkat, agama, bangsa atau keupayaan. Sebagai seorang pengendali radio amatur, mereka akan dapat sesuatu yang menyeronokan dengan suatu sentuhan yang agung bagi kepuasan diri mereka. Di Malaysia juga sesiapa sahaja boleh menjadi ahli dan berhubung ke seluruh dunia. Radio amatur akan menyediakan suatu pengalaman yang amat baik untuk menjerumuskan diri kita ke dalam bidang elektronik yang semakin disertai ramai.Dari sini dapatlah diperhatikan bahawa radio amatur boleh disertai oleh sesiapa sahaja dari golongan bawahan hingga ke peringkat atasan seperti Raja Hussein dari Jordan, Raja Juan Carlos dari Sepanyol, Senator Barry Goldwater dan ramai lagi yang menjadi sebahagian dari masyarakat radio amatur.

Cara beroperasi

Komunikasi melalui radio amatur tidak seperti penggunaan telefon bimbit kerana liputannya tidak terbatas kepada kawasan berpenduduk sahaja. Keupayaan radio amatur bergantung kepada antenanya dan juga jaluran (band) yang digunakan. Semakin tinggi antena (atau semakin banyak elemen sesebuah antena itu, semakin baik keupayaannya).Di dalam keadaan darurat seperti bencana alam, peranan radio amatur amat menonjol di dalam memberikan kemudahan perhubungan. Contoh aplikasi radio amatur yang digunakan ketika bencana di Malaysia ialah ketika tragedi Highland Towers pada tanggal 11 Disember 1993 yang telah mengorbankan 48 nyawa, apabila MARES atau Malaysian Amateur Radio Emergency Service Society tampil memberikan kemudahan perhubungan komunikasi di antara lokasi runtuhan dengan hospital.Secara asasnya, terdapat 2 jenis komunikasi di dalam radio amatur iaitu secara simpleks dan satu lagi melalui pancar ulang. Simpleks (simplex) merupakan kaedah perhubungan radio secara point to point. Seakan menggunakan radio FRS seperti Motorola Talkabout. Pancar ulang atau repeater pula merupakan perhubungan melalui sejenis peranti yang menerima (RX) dan menghantar (TX) kembali audio kita. Pancar ulang lazimnya terletak di kawasan tinggi seperti di gunung/bukit bagi membolehkan ia menerima dan menghantar semula audio ke tempat yang lain pada jarak yang lebih jauh.Pancar ulang penting kerana ada kalanya komunikasi agak sukar kerana terlindung oleh halangan seperti struktur binaan manusia seperti bangunan mahupun muka alam seperti bukit dan gunung. Oleh yang demikian, bagi membolehkan audio disampaikan ke kawasan yang terlindung, pancar ulang diperlukan. Di Malaysia hampir kesemua pancar ulang dimiliki oleh persatuan radio amatur seperti MARES, ASTRA, MARTS dan JASRA yang boleh dimanfatkan oleh ahlinya untuk berkomunikasi dengan rakan lain samada secara lokal mahupun transnasional (seluruh negara).

Undang-undang

Lesen radio amatur di negara ini terbahagi kepada 2 kelas iaitu A dan B. Lesen B merupakan lesen asas yang dikeluarkan kepada calon yang lulus RAE. Lesen B membolehkan operator radio amatur mengendalikan radio pada julat dan kuasa pancaran (watt) yang lebih rendah berbanding pemegang lesen kelas A. Pemegang lesen kelas B akan mendapat callsign yang bermula dengan 9W2 atau disebut sebagai Nine-Whiskey-Two manakala pemegang lesen kelas A disebut sebagai 9M2 atau Nine-Mike-Two.Mereka yang ingin mendapatkan lesen kelas A, perlu terlebih dahulu memiliki lesen kelas B untuk sekurang-kurangnya 1 tahun sebelum boleh memohon untuk menduduki ujian CW (continous wave) atau Kod Morse. Hanya mereka yang lulus sahaja akan diberikan lesen kelas A dan boleh mengendalikan perkakasan radio berkeupayaan tinggi selain boleh berhubung menggunakan Kod Morse hanya dengan menggunakan bateri berkuasa 9 volt.Di Malaysia, perkhidmatan radio amatur dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia atau juga dikenali sebagai MCMC. Seseorang yang ingin menjadi mengoperasikan perkakasan radio komunikasi amatur perlu terlebih dahulu menduduki Peperiksaan Radio Amatur atau RAE (Radio Amateur Examination) yang dikelolakan oleh MCMC. Calon yang lulus akan dibenarkan untuk membuat permohonan untuk mengoperasikan perkakasan radio amatur dan diberikan callsign atau tanda pengenalan untuk berkomunikasi. Hanya selepas memperolehi AA atau Apparatus Assignment (penguntukan radas/lesen) dari MCMC, seseorang boleh mula ber"QSO" atau berbual di dalam jaluran. Setiap negara mempunyai badan yang bertanggungjawab memantau semua aktiviti yang berkaitan dengan radio amatur.

Ha Ni Ruang Baru Yang Tak Formal :)

So Ni Kire 1st Post Lah Untuk Ruang Ni...

Erm Rini Aku Nak Cite Pasal Bola...

Malam Tadi Aku Tengok Bola Kat Stadium Shah Alam...Peh! Besh Tuh..Ramai Sangat Penyokong Selangor Malam Tadi..Walaupun Aku Duk Kat Bucu Padang :) Tapi Berbaloi Lah Coz Selangor Menang Lawan Negeri Sembilan Malam Tadi...


3-0....


Memang Seronok...Ni Yang Makin Semangat Nak Terus Sokong Red Giant Ni :)

Apa-Apa Pun Kite Sokong Lah Team Liga Malaysia..Semua Team Bagus Tapi Lebih Kepada Nasib Yang Menang Tuh...

Ok lah Kite Jumpa Lagi Di Lain Post...

Sebelum Tuh Ni Aku Letak Beberapa Gambar Yang Aku Snap Semalam...Selamat Berhibur




0 - 0




1 - 0



2-0






And Finally 3 - 0


Selangor Forever!! Viva Selangor!!





















Puxing PT-777

Ini Lah Set Handy Pertama Yang Mampu Saya Miliki Dengan Harga Yang Amat Berpatutan.Puxing PT-777.Terima Kasih Kepada Rakan Saya Sebab Dia Lah Yang Jual Kan Handie Ni Kat Saya.Untuk Saya Mulakan QSO.

















Kenwood TM-271A

Yang Ni Pulak Rig Pertama Yang Mampu Saya Miliki.Sekarang Rig Ni Lah Yang Berada Dalam Jalopy Saya :)

















ICOM IC-V8000


Yang Ni Lak Rig Kedua Yang Bakal Duduk Dalam Jalopy Saya 2 3 Hari Lagi :) Dapat Beli Rig Ni Pun Selepas Saya Menjual Rig Kenwood Saya Kepada Rakan.

Assalamualaikum...

Ini Post Saya Yang Pertama.Jadi Agak Kekok Sikit Untuk Mengatur Ayat-Ayat.Maklumlah Dah Lama Tak Menulis Karangan :)

Saya Nak Cerita Pasal Dan Sebab-Sebab Saya Terjebak Dengan Radio HAM ni.Mula-Mula Saya Memang Tak Tahu Menahu Pasal Radio HAM.Apa Yang Saya Tahu Radio HAM ni 'TONTO'.Maklumlah Budak-Budak Sekolah.

Satu Hari Saya Pergi Ke Bengkel Rakan Untuk Repair Barang.Kat Situ Saya Terdengar Suara Dari Satu Alat Seperti Walkie Takie.Saya Pun Tanya Kat Dia.Apa Benda Ni Bang?Abang Ni TONTO Ke?Ye Lah Dia Ni Ade Bengkel Ketuk Body :) Dengan Selamber Dia Jawab.Takde Lah.Ni Radio HAM.Jadi Dia Cerita Lah Ape Dia Radio HAM Tu.Dia Kata Seronok.Dapat RAmai Kawan.Maklum Lah Budak Sekolah.Dengar Tak Dengar Sangat.Mase Tuh Memang Takda Rasa Pon Nak Join HAM ni.

Tahun Lepas 2008.Baru Lah Saya Ni Berminat Nak Join Radio HAM Ni.Tanya Kawan-Kawan Ada Tak Yang Tahu Pasal Radio HAM Ni.Kebetulan Kawan Yang Saya Ni Dah Join.Jadi Pe Lagi.Terus Minta Borang & Bayar.Jadi Bermula Lah Saya Jadi Seorang Operator Radio HAm Ni.

Tapi Saya Join Kelab Pra Amatur Je.SCS Comunication & Sport.Sejak Jadi Ahli SCS Ni Saya Dapat Jumpa & Kenal Dengan Bermacam-Macam Jenis Orang.Dari Yang Muda Sehingga Lah Yang Dewasa.Rupa-Rupanya Radio HAM Ni Ramai Yang Dah Dewasa 'OTAI'

Dari Sini Saya Dapat Belajar Macam-Macam Tentang Radio HAM.Terima Kasih Rakan-Rakan.